Pasca PRU15 | Wanita GPS harap ada wakil dalam Kerajaan Perpaduan

2022-11-27 0

Ketua Pergerakan Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fatimah Abdullah berharap ada dalam kalangan Ahli Parlimen wanita GPS diberi mandat menyertai barisan Kabinet.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bagaimanapun menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menentukannya.